Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, May 2, 2012

ASSALAMUALAIKUM

Minggu yang amat menyediahkan pada diri aku..kucing kesayangan,MARU dah hilang(MARU-Mata Biru) huhu mana lah dia pergi ni..pagi sabtu lepas macam baisa bagi dia main kat luar..memang selalu macam tu..hari2 dia akan keluar tapi x pergi jauh mana pun..setakat depan pagar je..lagipun maru aku takut ngan bunyi kenderaan..mesti lari masuk umah cepat2..tapi sabtu lepas,dia langsung tak balik..puas cari..dlm bilik,dapur,bilik belakang,umah2 jiran tp langsung takde..bunyi dia pun x dengar dah..x tau la orang amek or kene langgar..aduii! harap2 biala org lain yg amek,takpe aku redha,,janji jgnla dia mati! sampai la arini,aku masih tunggu lagi kalau2 dia lek..makanan dia aku x bagi kucing lain makan even ade je kucing2 yang bertandang mintak makanan..aku bagi makanan lain..royal canin ni untuk maru je..tapi maybe kalo sebulan nanti x balik jugak,aku wakaf jela royal canin ni..huhu..MARU BALIK LA!! ORANG RINDU NI!!!!  

 maru budak buncit! lekla umah!! org risau ni! uwaaaaa!!!!
pic mase die kecik

Thursday, April 19, 2012

PERCUTIAN IDAMAN

ASSALAMUALAIKUM

harap korang sihat walafiatlah hendaknya yeh..aku sihat gak..makinnnn sihatt! haha!! ape maknenye?? berat badan yang makin bertambah..makn dan makin..huhu..tapi Alhamdulillah dari dulu aku ni kurus sangat..sampai ada yang cakap 'NI KALAU ANGIN TIUP,MESTI MELAYANG KAU NIH!' aduhaii teruk tul statement tu..tapi SEKARANG TIDAK LAGI! yang dah lama tak jumpa aku,mesti akan cakap 'FAIZURA KE NI? ALAHAI DA GOMOK..'HA BARULA OK SKANG..KALO X KURUS BEBENO!'..'DA LEH SAING NGAN LAKI KO DA NI..BARU SEPADAN'..'kihkihkih takmola saing ngan dia..nak sedang2 aje..hehe..pada yang kurus sgt tu,nikahla cepat2..gerenti otomatik badan akan naik punye!! bergantung pada metabolisme badan gak yerh..kalo da baka kocik je..memang susahla nak naik kot :p

sebenarnye takde tajuk specific nak diceritakan coz da tak tau nak cerita pe dah..erm kang cite pasal VCO,korang bosan lak kan..da ramai yang tau produk ni..so tamaulah cita panjang pasal tu dah..oh ye! tiba2 ilham datang! TINGGG! 

lokasi percutian yang anda idamkan

hehe mesti korang da terbayang-bayang lokasi idaman kan? ada yang suka tempat tinggi,ada suka tempat sejuk,ada yang suka pulau dan macam-lagi lah! dan bagi diri aku sendiri,aku paling suka kat PULAU!!! kenapa?? sebab aku suka tengok laut yang biru jernih bak mutiara..ceh! ayat! hehe..tapi betul! memang aku suka tengok sangat2 air laut yang jernih macam tu..rasa tenang je hati..salah satu pulau yang aku pernah aku pergi ialah PULAU LANGKAWI dan PULAU PERHENTIAN..tapi aku paling suka PULAU PERHENTIAN sebab kat sana bukan untuk ber shopping sakan tapi lebih kpd relaxing and enjoy the sea view :) ye betol! kalau PULAU LANGKAWI lak memang best lah shopping lahi-lagi coklat,pinggan mangkuk..sane kan DUTY FREE ISLAND..laut dia pun cantik tapi takleh nak tanding ngan PULAU PERHENTIAN hehe..PULAU PERHENTIAN korang boleh sea diving,snorkelling(ni serius aku suka sgt!!),tengok jerung(seramss!!)..tapi time tengok jerung tu aku x turun pun laut..dok atas boat je sebab takut sangat..hehe..PULAU LANGKAWI aktiviti macam island hoping (mean-akan dibawa naik boat penuhkan ramai2 pastu bawak gi tengok pulau2 berdekatan dan gi tasik dayang bunting)..so sesapa belom lagi pergi..bolehla plan ke tempat2 yang dicadangkan itu..hehe..yang penting,aku memang nak gi lagi PULAU PERHENTIAN!! huhu

                                                              PULAU PERHENTIAN




serius cantik sangat dan jernih sangat air laut kat PULAU PERHENTIAN ni



PULAU LANGKAWI






Tasik Dayang Bunting


Tempat untuk shopping coklat dan lain2..murah! murah!


Inilah sebab mengapa tasik ni dikatakan DAYANG BUNTING(lihat lengkuk merah tu)
Macam rupa perempuan mengandung kan?

oklah ni aje nak kongsi kat korang..so apa percutian idaman anda? cewahh! ;)

ILAL LIQA'

Sunday, April 8, 2012

HANYA TUHAN YANG TAHU

ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar korang? dah lama rasanya tak menulis kat sini..sedangkan da macam2 terjadi kat diri ni mcm entri yg lepas :) cuma kadang-kadang tu mood nak berblog tu dah kurang.tapi selalu jeles bila baca blog2 orang lain.selalu dorang update.macam-macam cerita laktu..huhu..sekarang ni mood saya dah berubah haluan sikit(ceh!)..Insyaallah akan update benda-banda yang dapat memberi perkongsian pengalaman atau teladan atau ilmu untuk kita semua..hidup ni kan tak lama,kita sendiri tak tahu bila ajal akan datang..maybe kejap lagi.maybe besok,lusa,tulat?? semua kerja ALLAH..rasa takut tu memang ada..lagi-lagi diri sendiri ni tak cukup lagi ilmu nak dibawa ke alam sana nanti..huhu..harap-harap ALLAH dapat beri sedikit masa lagi untuk aku berubah ke arah yang lebih baik..

Bukan nak cakap diri aku ni BAGUS/BAIK/ALIM..tapi sampai bila kita nak hidup seperti orang yang buta agama?takda ilmu Islam?ya,aku sendiri akui aku pun tak tahu,tak lengkap lagi semua tu..tapi aku nak cuba dapatkan..cuba untuk berubah..dan aku ingin lihat kawan-kawan aku pun berubah..kita sama-sama cari keredhaan ALLAH S.W.T..cari kesempurnaan walaupun kita semua memang tak akan sempurna..tapi biarlah kita nampak sempurna di mata ALLAH..tapi kalau dah taknak terima nasihat/teguran,aku sendiri pun dah tak leh buat apa..hanya doa yang dapat aku iringkan untuk kalian..aku tak akan pernah dendam/marah..sebab tu sifat syaitan..untuk sesatkan kita..untuk lihat kita semua bergaduh/berpecah..aku hanya dapat bersabar..moga ALLAH beri petunjuk dan hidayah-NYA untuk kita semua..Insyaallah..apa pun,aku tetap sayang sahabat2ku..

Aku bukan emo,ape lagi nak menujuk-nunjuk..hanya nak berkongsi ilmu..dan kalau aku sendiri buat salah,aku bersedia untuk ditegur,dibetulkan..asalkan janganlah sampai diaibkan..“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

aku harap janganlah diri ni jadi macam dulu..aku sendiri dulu suka suki je nak marah orang..pastu suka assume sedangkan tak tahu lagi sifat orang tu macammana..sekarang ni Alhamdulillah dah berubah sket,Insyaallah..cuma aku paling pantang kalau orang dah wat salah tapi x reti nak minta maaf..kalu sekali,boleh diterima..kalau dah berkali2,memang panas! Tapi Insyaallah aku cuba bersabar..Istiqomah faizura..korang-korang tolong tegur kalau aku salah ok!

Paling penting,tolong jangan ingatkan orang tu akan dirinya yang sudah lepas..jahatkah dia,jahikah dia..tu antara dia dengan ALLAH..jangan hina dia..kita takda hak langsung..hak kita hanya menegur secara baik..dengan lemah lembut..diri dia yang lepas tu adalah kenangan dan jangan ungkit langsung..kita sendiri tak suka kalau orang asyik bercakap keburukan kita yang dulu kepada orang lain kan?sedangkan kita dah berubah..tolong ye kawan2..

Aku bukan ustazah..aku hanya niat untuk mengingati diri sendri supaya tidak berubah ke arah yang lebih buruk..hanya untuk berkongsi..kalau ada salah,aku mintak maaf banyak-banyak..

ILAL LIQA'

Wednesday, March 28, 2012

MUHASABAH DIRI ;)

ASSALAMUALAIKUM

Bulan Mac ni macam2 dah terjadi kat diri aku..antaranya, awal bulan aritu,4 Mac adik ipar aku a.k.a adik suami telah pergi buat selamanya disebabkan kemalangan.memang agak tragik kerana arwah dilanggar dengan kereta pacuan 4 roda semasa menunggang motosikal. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..AMIN..sungguh aku x sanggup melihat mak mertuaku menangis dan bergenang air mata dia setiap kali bercerita pasal arwah..lebih2 lagi bila dapat tahu mak gi sendiri sekolah utk amek slip result SPM arwah..oh ya! arwah baru je berumur 18tahun dan kemalangan tu terjadi beberapa hari sebelum result SPM keluar..harap family suamiku dapat tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan ALLAH ni..

Dan baru-baru ni ada lagi perkara yang terjadi tapi aku tak nak reveal panjang..cukuplah aku katakan kepercayaan kepada SAHABAT itu amat penting. Dan jika sahabat kita tu menegur/menasihati utk kebaikan,eloklah kita dengar dan tanya dulu sebelum melenting sebab SEORANG SAHABAT YANG BAIK TIDAK AKAN MAHU MELIHAT SAHABATNYA SENDIRI JAUH TERPESONG..percayalah,takkan ada..tapi manusia x kan ada yang sempurna,tapi kita saling ingat mengingati sesama kita..ok adik2?kawan2 semua? sayangilah sahabat anda dan jangan sesekali membencinya..sabar ok ;)

Jodoh dan maut di tangan ALLAH SWT..kita sebagai manusia hanya dapat merancang tapi ALLAH yang mementukannya..kadang kita beriya2 plan nak g satu tempat tu..da berminggu plan baik punye ;p tapi bila sampai masa,kereta pulak wat hal..enjin x nak hidup sedangkan 3 hari lepas da g servis.tp kenapa ye kereta leh rosak?sebab ALLAH tu da tentukan..maybe masa perjalanan ada benda x baik nak terjadi dan ALLAH x nak kita terlibat sekali,jadi DIA dah 'plan' dulu utk diri kita..jgn mengeluh,istighfar banyak2 dan anggap ini dugaan dari ALLAH..alah,lain kali leh g kan :) pujuk diri sendiri..dan ini peringatan utk aku jugak..hehe

amboih dah macam ustazah da aku ni..bukan ape pun,at least bila aku bukak blog sendiri ni leh jugak aku baca balik apa yang dah aku post kan..dapat muhasabah diri dan perbaiki diri mana yang patut..berusaha berubah utk kebaikan :)

oh ya sebelum terlupa..aku nak share 1 link yang best utk korang semua..memang best..klik SINI ok! ;)

ILAL LIQA'

Thursday, March 8, 2012

10 SURAH UNTUK AMALAN HARIAN


ASSALAMUALAIKUM

Setelah agak sekian lama menyepi akhirnya hari ni siap 1 entry yang dapatlah agaknya memberi manfaat pada semua..terjumpa entry ni  DI SINI dan saya ni adalah seorang yang memang suke suki baca blog sesapa sahaja..rase best je entry tu mesti saya nak share kan :) asalkan benda yang baik,apalah salahnya di sebar2kan..betol tak? erm ahad ni genaplah seminggu pemergian ALLAHYARHAM MUHAMMAD ASSIF, adik kepada suamiku..perginya amatlah meninggalkan kesan dalam family mertuaku..lagi2 pada ibu mertuaku..siapalah yang x sayang anak kan..yang dah dikandung selama 9 bulan dan bersusah payah membesarkan kita..sungguh saya sendiri x sampai hati tengok keadaan mak :'(
JADI, harap kita dapatlah amalkan surah2 ni sebagai penambah amalan dalam diri kita..semoga kita semua dilindungi ALLAH S.W.T dan diampunkan dosa2 yang telah kita lakukan,Insyaallah.AMIN....


1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan
membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit
mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali
sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu
ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an.
Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala
menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat
At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab
Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan
pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala
baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan
dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan
kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata
mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari
kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di
Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan
merasai kepapaan.. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah
akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak
14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan
rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah
sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7
kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga
kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah
Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka
Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan
pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak
hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w.
dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti
membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh
dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan
(Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta
membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat
dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah,
akan terselamat dari azab kubur.


8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti
Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."
Siti Aisyah

            ILAL LIQA'

Monday, February 6, 2012

MY FAVOURITE PHOTOGRAPHER :)

Assalamualaikum kawan2

hari jumaat yang diberkati ALLAH SWT..even sekarang da malam tapi still kita dapat keberkatannya,Insyaallah :)

okeh kali ni nak cerita pasal photographer yang aku suke no lawat blognya..ini semua disebabkan gambar2 yang dorang ambil cukup cantik! editing yg memang mantap! aku amat suke bidang editing gambar ni tp x cukup pengalaman lak nak wat..hehe..

 EYE STUDIO PHOTOGRAPHY



y? kenapa? kenapa mereka jadi pilihan aku? of courselah coz dorang ni adalah wedding photographer aku..dari sebelum ada studio sendri lagi aku dah kenal owner die(ceh! nak bangga lak!)..AIZUL MARCELLO is the name..korang mesti kenal..die pun seorang blogger yg agak terkenal selepas aku..haha! itu adah tipu okeh! ternyata sgt! ;p semua hasil kretaiviti die amatlah puas hati..masa wedding aku dlu,die n adik die yg amek gambar..and if korang semua berhajat nak wat photoshoot utk ape2 event sekalipun,leh lah gi ke facebook dorang..klik SINI ok! LIKE fb page dorang k..ape2 pertanyaan silalah diajukan di sane..hehe
ok..kat sini aku letak beberapa keping gambar hasil dari tgn mereka :)





ok guys ni lah owner studio EYESTUDIO PHOTOGRAPHY tu
n ni gambar mase resepsi aku..haha! sungguh kurus aku!

guys! dorang jugak ada tawarkan utk portfolio photoshoot jugak tau! so sesape rase nk amek gambar white studio dorang ni,leh la ctc dorang..servis mesti awesome punyer lah! plg best, AIZUL ni peramah tau! klo korang x tau nk pose cemane,die leh tu ajar kan..hehe

so pada yg merancang nak langsungkan perkahwinan,lehla book dorang ni..by the way,dorang skang tgh wat promosi utk bakal2 pengantin okeyh! FREE PRE WEDDING PHOTOSHOOT utk sesape yg amek pakej wedding dorang..best tu weh!!! napela aku kawen awal! owh tidakkk!!! sgt jeles korang dpt promo nih! nti amek gambar tu jgn pegang2 tgn lak tau! lom sah lagi tu! (pesanan penaja tetiba! hehe)

eh! lupe lak nk bagitau..dorang ni pun ade wat frameless border..dont worry dear,klo yg da kawen or blum tu nak abadikan gambar2 korang kat frameless border ni pun boleh..dorang amek tempahan gak ok! cemane nak wat..sila ikuti langkah2 di bawah yerh :)

FULL NAME :
ADDRESS :
PHONE NUMBER :
EMAIL : 
FRAMELESS BORDER SIZE : 
QUANTITY : 

All payment shall be made to AM Islamic Bank as follows :-

ACCOUNT NAME : EYESTUDIO PHOTOGRAPHY
ACCOUNT NUMBER : 074-202-200676-7

Price borderless frame
8R : RM28
11' x 15' : RM68
16' x 24' : RM88

Postage
8 x 12 inch = RM7.00 (P) / RM10.00 (E)
11 X 15 inch = RM12.00 (P) / RM15.00 (E)
16 x 24 inch = RM15.00 (P) / RM18.00 (E)
* (P) = Peninsular (E) = East

MAKLUMAT PENTING!
1) Bayaran boleh dibuat melalui Online transfer atau ATM cash deposit.
2) Untuk Online transfer,

 emailkan kembali transaction details sebagai bukti bayaran.
3) Untuk ATM cash deposit, emailkan Nama, Jumlah bayaran, Tarikh, Masa,
dan Jenis bank beserta resit bayaran yang disnap sebagai bukti bayaran.
4) Jika anda bayar menggunakan ONLINE banking seperti Maybank2u, CimbClicks dan lain- lain, TOLONG LETAK EMAIL : irinenadia@eyestudiphoto.com pada receipient’s email yang terdapat di ruangan online banking – SANGAT PENTING DAN WAJIB! 
5) Untuk email kembali, sila pilih 'reply' email yang sama untuk memudahkan rujukan.
6) Tempoh siap frame adalah 7 hari waktu bekerja. Kami akan menggunakan perkhidmatan POST LAJU MALAYSIA.
7) Jika anda berada di kawasan Shah Alam boleh terus collect di studio kami.


Amacam? ada berminat? nk tengok contoh2 frameless border ni? ok je..jap ek..






FB AIZUL : Aizul Marcello
BLOG AIZUL : Aizul Marcello

comel kan? mesti best dpt frameless border ni :) korang pe lagi..order cepat! hehe..

okehlah rase byk da story pasal studio ni..kenapa sy iya2 promote? coz memang x rugi amek dorang n nak tlg kawan2 niaga..ape salahnya kita tolong kawan2 kan? dapat pahala lagi tu,Insyaallah..nanti sy cerita pasal MUA mase wedding sy ritu plak ek..hehe..bye allz! Wassalam

ILAL LIQA'




Thursday, January 26, 2012

BEBEL SORANG-SORANG

ASSALAMUALAIKUM

bersawang bagai da blog aku ni..langsung x terjaga..huhu..aku pun da jarang sgt jenguk..aku sendiri x tau kenapa..kemalasan kemelandaan betol! tapi rajin je jenguk blog2 orang lain..blog sendiri terabai..sian ko kan blog..x ptot aku wat ko camni..*aduii mereng dah aku!

ok tahun 2012 lame dah menjengah..da masuk 26 hari..oh yea! HAPPY BIRTHDAY to my 2nd sis,Nurul Ummi..birthdaynya semalam,25 Jan..tp die x de kat M'sia ni..dok Cairo ngan husband n little rayyan die..xpelah,nanti ko lek,kita sambutlah kat sini(tapi ko yang belanja! haha)..erm amacam life korang semua utk thn baru ni?azam thn lepas da tercapai ke?aku?!!erm ade jgaklah yang dah..ke xde ek?haha! ape yang penting jage kesihatan n jage diri memasing..lebih2 lagi yang namanya WANITA..aduii aku sendiri x tau nk type ape lg ni..ok arini aku bepuasa..jgn tanya puasa ape! korang teke sendiri..hehe..so tahap kemengantukan(uihh!) tu memang da tahap ke 150 dah! wat keje je nak terlentok..da la keje pun x byk sgt..dok ngadap bace blog orang je..kang boss lalu,pandai2 aku teka RFID..hahaha! partner lak cuti..kwn sebelah lak EL(emergency leave)..so sorang2 la aku kat partition ni..huhu..sodihh!!

erm ape ye nk berbuka arini..LAKSA!?? err aku da mkn smalam..smalam punya smalam pun da mkn..hehe..necxt! EH! sup ayam aku wat aritu ade lg dlm fridge! panaskan tu jelah kan..pastu masak tumis sayuq cket..jadilah tu..bersederhana(sebenarnye dwet da ciput!hehe)..utk yg pose gak arini,SELAMAT BERBUAKA PUASA nanti yerh! bukan skang..hehe..

ade x yang pakai VITAMIN E SOFTGEL COLLAGEN?alah aku pernah bgtau sebelum ni kat entry SINI aku da gune rasenye da 4 bulan kot? eh lupe2! aduii byk sgt lupe da ni! okeh! bagi diri aku sendiri,memang amat puas hati coz bende tu smooth je bile letak kt muka n wangi pastu bila sok pagi nye muka rase licin..alhamdulillah muka jadi smooth..n berkat menggunakan VCO jugak ni..jerawat tu still ade coz degil x mo pergi,tapi xdelah lama mana..lepas buh vco or vit.e collagen ni,terus kecut jerawat tu :)
oh yea! korang pun leh gak wat vco ni sebagai asas mekap tau! caranya :
 buh cket vco(softgel or pure) ke atas foundation kat tapak tangan,
                     pastu blend sampai sebati,pastu buh lah kat muka mcm pakai foundation biasa..
hasilnya korang mesti suka! itulah yang sy amalkan sekarang bile g keje ;) lepas solat zuhur pun tetap gak apply gak even maybe ade mata2 yg pandang pelik kot tengok apela-budak-ni-buat-(tapi lama cketla nak bersiap yeah! hehe)..so pada sesapa yang memang da ade vco tu,try apply ok!

okeh ni pic mase kat ofis..maaf klo x bape clear tp
memang pueh ati bile combine vco n foundation


oklah byk da bebel ni..gambaq nanti malam aku add coz ni kt opis n fb telah diblock time waktu keje,so gambaq xleh nk amek dr fb..tgu balik umah nti aku upload k! till then,take care guys!

ILAL LIQA'