Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, December 28, 2011

TAKYAHLAH WORDLESS WORDLESS BAGAI..HEHE


ASSALAMUALAIKUM

okeh entry ni xdelah WORDLESS punn..semua org nk wat WORDLESS WEDNESDAY..aku wat WORDMORE ni! hahaha! erm setelah sekian lama barula nk upload kt blog..malas nk type dah aku ni! ish ish ish :(

11 DEC 2011 adalah tarikh ulangtahun PERKAHWINAN aku yang PERTAMA :) so sila lah ucap tahniah kt aku ek..hehe..so sebagai rewards(ceh rewards tu!) aku n encik husband membuangkan diri kami ke PERAK DARUL RIDZUAN..NEGERI INDAH PERMAI..hehe..ni tempat lahir aku yerh..kami g BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT..kenapa ke sana? sebab husband nak g n aku lak x pernah g lagi(haha! bukan sama ke maksudnye?! ;p) saje jenjalan jauh cket..da lama x jenjalan..kami gerak kul 1.30pagi kaww! semua org tgh tido kot time tu..husband nk gerak gak so aku ikot jerlah..yerlah da die yg drivw,aku membuta je! hahaha!

meh layan gamo aje!

 hehe muka baru bangun tito! da byk kali terbangun tp x sampai2 gak..hehe
yeeayy!! AKHIRNYE SAMPAI JUA!! 


bahan bukti kami da sampai ke sini..heh 

very de sempoi lobi die..memang! 

macam2 aktiviti ade beb! pilih je :) 

inilah SUITE kami hehehe..1 lagi katil tu bukan utk tido ye tp jadi alas tmpt duduk kt bawah..cer cari mane aku! haha! (beg guess hantaran aritu pun nk interprem ;p)


 suke tengok susunan selipar ni hehe

 ni lah dia budak yg dah tembam! huwaaaa!!!!

 WELCOME TO BUKIT MERAH LAKETOWN! model x berbayar ;p


 sempat lagi die posing sambil tgn mengayuh..

 nmpk view kt balakng tu? kat bawah tu rusa tp x bape nk nmpk sebab tgh panas terik kamera x bape bagus nk captured..

 umah atas air..

 dok menung ape lah tu

 nampak awek katanya..erkkk!!!

 cinta aku dan si apek jawa ;p

 kalau gi bukit merah,pastikan korang makan kat kedai ni coz GILE MURAH SIOTT!!!! 

 basuh tangan kt pili ni..heh



 ape ayang wat tu?!

 oh sweet hubby!

hehehehehe I LOVE YOU SO MUCH TOO!!!

adeh! memang byk lagi gamba tp malasnye la aku nk upload..huhu..ckup jelah kan..nk gambarkan mrmang best kt bukit merah ni..by the way,kami x pun mandi manda kat ctu..juz round2 je..pelik kan?haha! memang kami pelik ;p

ok ni utk my hubby..da upload kt fb pun :)

peace! ;)

ILAL LIQA'

Thursday, December 8, 2011

untukku..untukmu..untuk kita



kadang..kita terleka dengan alam yang indah ini
kadang..kita terlupa akan tanggungjawab sebenar ..
kadang..kita alpa jodoh dan maut tu ketentuan-Nya

namun..aku rasa bersyukur kerana masih sempat lagi bernafas hingga hari ini
dapat melihat wajahmu walaupun ada kalanya kita jarang bersua
terima kasih Tuhan kerna satukan aku dengan dia
satu-satunya insan yang telah menggetarkan jantungku tika waktu dulu

kita sama-sama harungi hidup ini
 hingga kini..saat ini masih takku lupa lafazmu yang dulu
terima kasih sayang atas segalanya
atas segala kesabaran yang ditunjukkan

cuma..
kita masih mengharapkan sesuatu itu berlaku
hanya usaha diringi doa yang mampu dilakukan
AMIN YA RABBAL ALAMIN

ilal liqa'

Sunday, December 4, 2011

PENTING!! :CARA MENGENALI PERNIAGAAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS



Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.


p/s:sekarang ni ramai yang dah belakangkan ALLAH..semua bende nak cepat dan senang tanpa usaha yang betol..DUNIA AKHIR ZAMAN kan..astaghfirullah

sumber dari : LAMAN QASEH



ILAL LIQA'

Tuesday, November 15, 2011

BUANG BAYI JELA TAU NYE!!!! HUH!! MARAH AKU!!!

ASSALAMUALAIKUM


-kali ni entry berlainan cket..kenelah ade kelainan kan..x bestlah asik sama jee,,BOSAN! huhu..
actually post ni sy amek dr blog Cik Azizah  dan terpanggil lak nak share kat blog ni..
memang amat geram bila bace berita pasal pembuangan bayi ni! KEJAM! ZALIM! TAK PERIKEMANUSIAN! kalau da x nak anak tu,janganlah buang camtu je..bagi la kat org ke..kan skang da anak rumah perlindungan untuk bayi2 macamtu..letak ctu! nanti aku g amek! heeee...ada tu yang sanggup bunuh pun ada..YA ALLAH! manusia jenis ape la dorang ni ek..bagi je kt aku ni ha! da nak setahun da kawen,lom ade rezeki lagi..siang malam doa nak dapatkan zuriat tapi dorang senang2 je buang..pelik kan,org2 macamni,senang btol mengandung and senang btol bersalin..yang betol2 nak anak,kemain payah..erm tu lah kehendak ALLAH S.W.T nak tunjukkan kita..ok bace berita kat bawah ni ek-


Seorang jururawat tidak menyangka beg kain berbelang merah putih di bawah pokok yang ditemuinya berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, semalam, mengandungi bayi lelaki baru dilahirkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bayi dalam keadaan berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih itu dipercayai baru empat jam dilahirkan.

Bayi seberat 2.6 kilogram (kg) yang masih bertali pusat itu ditemui jururawat berkenaan yang baru saja meletakkan kenderaan di kawasan itu untuk memulakan tugasannya di klinik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata jururawat itu membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati ada bayi lelaki di dalamnya.

“Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru empat jam dilahirkan dan mukanya masih kemerahan selain tangannya dihurungi semut. Bayi itu ditemui di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini.

“Jururawat itu ternampak beg kain berbelang merah putih di bawah pokok berhampiran yang kelihatan bergerak-gerak sebelum menghampirinya. “Dia mendapati seorang bayi lelaki yang hanya berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih di dalam beg berkenaan dan terus membawanya ke klinik sebelum menghubungi pihak polis,”.

kemain comel n putih baby ni..AKU NAK!!!!
femes jap polis ni..heee

- pandai buat,tapi x pandai nak tanggung..ee geram la aku! adik2 kat lua tu janganla ikotkan hati dan persaan sgt..lelaki ni nak main2 je..pastu bile da 'rasa',pastu tau lak korang da mengandung..terus buat tak tau je..ye la,x nak bertanggungjawab..kalo da kapel tu,cepat2la nikah ek..elakkan bende cenggini jadi..huhu-

ILAL LIQA'


Monday, November 14, 2011

KAWAN-KAWAN OPIS

ASSALAMUALAIKUM

pada 28 Oktober 2011, unit tempat aku bekerja anjurkan perhimpunan bulanan..memang setiap bulan kat mane2 bangunan kerajaan,mesti adakan perhimpunan dan kali ni kami yang anjurkan..so far semuanya ok..tema kami PURPLE-LICIOUS hehe..maaflah ek gamba x byk coz ni pun ambil dari fb kawan opis-ni blog die KISAH KAMI-

jom layan gamba yang x seberapa ni hehe



                                ni sebelum event start..besela kalo da nampak camera kan..hehe


                                         aduii..aku masuk choir..tu yg asik tunduk je..malu!!!!!! :p


                                            otai2 dua org kt depan tu mmg sempoi..menari siot!!


                                            event da habes..da x bape nak malu da..hahaha!!!



SALAM SAYANG DARI KAMI KELAB BAUCAR..hahaha!!! bos(yang duduk tgn nk wat 'peace' tu) dan anak-anak buah nya


ape2pun,mmg kami semua happy time ni..kawan2 opis semua gila2 n friendly..aku tak regret resigned keje lama..hehehe(ayat poyo)

ILAL LIQA'

Monday, October 31, 2011

HALAL?? HARAM??

agak galak gak aku update skang ek..ni namanya mood nk menype telah dtg lagi! hooyeayy! arap2 adela yang sudi menjengah blogku yg x seberapa ni ha huhu..

                      
                                                         ribena                                     prego
                                                                                   

oklah entry kalo ni mengenai HALAL..y halal? ye sebab kita sebgai umat Islam mesti tahu bende ni..sebab kita nak apa yang masuk dlm bdn kita ni diberkati oleh ALLAH S.W.T
skang ni mcm2 denga ada produk yang dikatakan tak halal..kita ni bertauliah ke nak jatuh hukum?da check ngan orang2 yang lebih arif dan tahu?jgn memandai kuakan kenyataan yang boleh menggangu gugat kesejahteraan kita(apela aku merepek ni!).

bagi diri aku ni (eh sekejap entry ade sy,sekejap aku..aduii lantakla yer! hehe) kita takleh nak percaya sangat.kene rujuk pada yang pakar terlebih dahulu.sebagai contoh aku pernah dengar produk RIBENA dan PREGO ni tak halal!!! tapi jgn cepat melatah ye dik non! kita kan boleh rujuk kat website JAKIM HALAL MALAYSIA

ok sebagai contoh,aku tampal kt entry ni bukti dari site JAKIM tu,ribena dan prego ni halal..kalo korang x puas hati,leh klik kt link atas tu then check sendri ye..

ok ni PREGO




ha kau! sekali 3 pics utk RIBENA..ade page ke-2 tu,tp malaslah aku nk tampal cni.korang search sendri la ye..hehe

So ade keraguan lagi x? kalo masih ada,contactla org yang berkenaan k..jgn main serkap jarang je..skang media senang2 je publish halal haram ni..biar org yg bertanggungjawab yang tentukan ok!!

Wednesday, October 26, 2011

PRODUK YANG SANGAT2 BEST!

ASSALAMUALAIKUM

Apa khabar semua? hope semuanya sehat belaka lah ye..oklah kita straight to the point..as u know,sy ni AGENT kepada produk keluaran CATALYST..and sy amat sayangkan produk ni lbh2 lagi VCO dan COLLAGEN..jujur sy katakan,as a agent,sy sendri pun jarang2 guna COLLAGEN ni tp VCO mmg xleh rengganglah..mesti amek punya..hehe..VCO amat baik utk stabilkan metabolisme and kembalikan tenaga kita..x caye? so kene cuba sendiri yer :)

oklah hari ni sy nak bercakap mengenai satu lagi produk tp ni bukan keluaran catalyst..satu produk yang sy guna jugak utk harian and baru 20hari(siap kira tu!hehe) guna produk ni dan mmg sy amat suka sangat2! tapi die untuk kegunaan luaran sahaja ye mean sapu kat muka..bau pun wangiiiiii ;)

presenting...

VITAMIN E SOFTGEL COLLAGEN



kebaikan :
              - mendapatkan semula ketegangan kulit, menghasilkan semula tisu kulit
                keanjalan dan kelembutan kulit mukamengurangkan kedutan halus, stretch 
                mark, pemulihan parutmencerahkan dan meremajakan sel-sel kulit yang
                kusam.


inilah die dealer vitamin e tu :)


Serius collagen ni mmg terbukti berkesan coz bekas jerawat and muka jd lembut je..sebotol ade 10 biji dan hara die rm25..mahal? mmg agak mahal coz ia adalah sejenis serum..tapi berbaloi-baloi2! produk ni dari SWITZERLAND dan jgn risau takde side effect ye dan sesuai utk semua jenis kulit..dan yang paling PENTING ia HALAL dan lulus KKM..sy bukanlah agent produk ni,sy hanyalah pengguna baru sahaja dan nak kongsikan pada korang semua :)

So inilah antara produk2 yang sy guna..tapi setia pada VCO yer..jgn ingat sy dah lupakan VCO tau! korang nak try vco lehlah emel sy faizura_is@hotmail.com. Kalau nk try vitamin e softgel collagen ni pun leh gak ;)

oklah till we meet again..thanx pada yang sudi jenguk blog ni :)

ILAL LIQA'




Monday, October 17, 2011

DULU DAN SEKARANG


ASSALAMUALAIKUM



AKU YANG DULU


DAN






AKU YANG SEKARANG


rase2 ade x beza? haha takde?! baguslah korang ni nak sedapkan ati aku..yang kate ade tu  tang mane yang beza? hehe aku tau skang aku da makin berisi lepas kawen..

tu je..hahaha!!!!

ILAL LIQA'

Tuesday, October 4, 2011

ARTIS MASUK KAMPUNG

ASSALAMUALAIKUM

ha! x jawab dosa tau! hehe..ok ni entry tunggu time nak punch out thehehehehe!!



hujung minggu lepas,kampung my hubby kt KAMPUNG BANGKONG (korang tau x tempat ni? confirm x tau! hehe) diserang oleh makhluk..... CER TEKA! CER TEKA MAKHLUK APE!!!!

waaaa! aku ni mcm bebudakla nak suh korang main teka2 lak..huhu..alaa bukan diserang oleh ape2 yang korang pikirkan tu yer..hehe..diserang oleh ARTIS2 TEMPATAN..hehe saje wat gimik :p

memula mak hubby bgtau 2 hari sebelum tu,ade artis nk homestay kt umah mak..bile tanye mak siapa artis tu,mak sendiri pun tak tahu..yang manage kan homestay tu pun saje je nk wat suprise kat mak..hampeh je! hehe..nak suh kitorang semua ni tertunggu2 laa(mmg tunggu pun! hehe)

kebetulan malam sebelum dorang dtg,aku n hubby tdo umah mak..lepas anta adik hubby lek,malas lak nk patah lek umah even setengah jam je pon perjalanan..da malam kan,so terus jela tido sane..

so,korang tengok jelah gamba2 ni yerh..oh ye,artis yang homestay kat umah mak ialah IQRAM DINZLY,SHABI(nie penyanyi,die group ngan adam af tu,aku pun xtau sebenarnye! hehe) dan SYED ALI..pada yang x kenal dorang,sila la google imej..hehe..gamba x banyak coz mase ni amek lepas celebrate birthday IQRAM DINZLY..birtday die 29september tp kami celebrate awal coz mesttila x jumpe lagi lepas ni kot..pics selebihnye kat camera adik ipo..




dorang ni memang gila2 n best! lagi2 IQRAM DINZLY so sporting..siap tolong lagi kat dapo..

haha! kecik je kek utk iqram..sorryla ye bro..bajet pun ciput haje :p dorang semua lek keesokkan harinya dan aku n hubby da lek pun time tu..so x sempatla nak jumpe n peluk2 cium bagai(NAN HADOO!! HEHE)
UTK GADIS2 DI LUAR SANE,CIK ABAG KITA IQRAM NI SINGLE LAGI..SO KALO NAK TRY NGAYAT SILAKANLAH..HEHE..syed ali and shabi aku x sure coz x tanye lak..hehe..

so ni jelah kot..gamba cket je kan?huhu sorrylah yerh..mood nak berblog da xde skang ni..nak kene mood tu datang lek,baru ade semangat :p

ILAL LIQA'

Wednesday, September 14, 2011

KUSYUK SOLAT

ASSALAMUALAIKUM

anda pernah x rase x kusyuk bila solat/sembahyang..takkan takde yg x pernah,mesti ada punye kan..tipula klo cakap 'SAYA MEMANG SELALU KUSYUK JE..' tp maybe ade yg mcm tu,org2 yg telah diberi hidayah oleh ALLAH :)

saya sendiri pun jarang sgt kusyuk solat..serius bagitau ni..yelah,dgn kadang2 keadaan bising lagi..susah nak kusyuk.tapi sebolehnye kita kenelah betul2 concentrate dan jgn pk dunia mase tu..bolehkah kita? INSYAALLAH..

ok kat cni ade kartun yang rasenye boleh jadi panduan utk kita bersolat..ape kate CER TRY nanti..heh


dari blog SINI

so lepas ni jom kita try praktikkan ok? sama2 beribadah mencari keredhaan-NYA..insyaallah..

tak banyak pun nak cerita coz malas nak type..hehe

TILL MEET AGAIN ;)

ILAL LIQA'

Saturday, August 27, 2011

Saya Join Cabutan Bertuah Kaspersky 2012

ASSALAMUALAIKUM

hari ni for the 1st time sy try join contest..slalu tgk blogger lain wat contest and ramai yang join
tp hati ni x tergerak lak nk sertai skali..hehe..ntah nape tetibe contest ni aku rase nk join..
so check it out!



yezza! ni lah contest nye!  pada sesape nak try join,g klik gamba atas tu ek :)
and letak gak banner die

ads


rase2 leh menang x? haha! jawapanya 50-50 ler! 
saje join utk mengisi masa lapang yg ade ni (cewahh!)

rase nak tag :


ok DONE! hope dapat menang (wekk!) n korang pun akan menang gak(hehe)

ILAL LIQA'

Thursday, August 18, 2011

MERCUN OH! MERCUN

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERPUASA semua! walaupun aku tau korang mesti skang tgh mood nk raye kn? almaklumlah tinggal seminggu lebih je lagi puasa,tapi jangan sampai sebuk nk wat persiapan raya,puasa di abaikan..ish3! x elok tu! ALLAH MARAH NANTI! (slalu kate kt dak2 kecik yg x nak pose..hehe)..

korang ade g sembahyang terawih tak ni? TAKDE?! laa nape nye? bagus tu coz bulan ramadhan je ade terawih..bulan lain takde..kan ke special tu..even aku x wat kt surau/masjid,tapi ade jugak wat kat umah..solat ngan ibu n adik2..banyak PAHALA tu...

okeh ni nk cakap pasal RAYA dan MERCUN..hermm sinonim kan? bile nk raya je,mesti nk ade mercun..kenapa?sebab x meriah kalo mercun takde..x meriah x denga bunyi kebabom! tu..huhu..mase dulu mmg aku slalu sgt main mercun/bunga api..skang stok susah woo nk dpt! kalo ade pun yab=ng jual,mesti dorang sorok2..takot kene TANGKAP!..hehe..takdelaa,aku takot da main mercun ni coz skang kan da byk cite pasal putus tangan la,putus kaki,ilang jari tangan,ilang jari kak..kepala pecah pun ade tau! MASYAALLAH! ngeri siot! x sanggup nak tengok lama2 gamba tu..klo korang nk tengok,g google image
'MERCUN'..mesti kua punye! huhu mintak kita semua dijauhkan ye..jage2 lah diri anda..nanti ada plak yg meratap time raya..kan ke x best mcmtu..

yang aku tau mercun satu ni bunyi die mmg kuat gile..aku sendri pun x berani nak main..tapi x ingatlak mase kocik2 dulu ado main ke tak..entahlaa..lupo da den! hehe..

(pic dari google)

ha yang ni lah upenye! kecik aje tapi bunyi YA ALLAH! kalah ekzos turbo kete laki den! hehe..amatlah baya bende ni..korang semua TOLONG la sesangat jgn main mercun ok!!!!

(pic dari google)


 ni lak mercun pop..ala yang baling ke tanah/lantai,nanti mesti kua bunyi 'POP'..kalo bunyi lain korang sendri tukala nama die ye..hehe..yang ni bagi aku kurang bahaya..kalo kene kaki pun x sakit sgt,mcm kene gigit semut api..tapi untuk kanak-kanak,AMATLA BAHAYA ye! watnye nti dorang g letak kt tangan,pastu tepuk? ha sudah!! aku x taula mcm mane jadinye..

wat ever pun mercun yang ada kt lua tu,korang jangan lah try! aku takot betol tengok berita pasal kesan main mercun ni..yang hairannya,tiap2 tahun mesti ade kes..perasan tak?tak serik betol lah!..

kalo aku terjumpa la sesape terkene serpihan mercun tu,aku nak cakap macam ni..'HA TU LA! MAIN LAGI..MESTI TAK SAKIT KAN? G LA MAIN LAGI!'..hehe agak2 dorang just diam dengo aku cakap or terus tampa aku? option ke-2 kot jawapanya..hahaha!!!

so guys,jage diri masing2 k..ingat orang tersayang..lagi2 da dekat nak raye ni! huwaa!! tetiba rindu kt ibu even umah x sampai sejengkal!! kehkehkeh!!!

(pic dari google)
-BAPAK BESO MERCUN TU BANG OIII!!-

ILAL LIQA'