Wednesday, March 28, 2012

MUHASABAH DIRI ;)

ASSALAMUALAIKUM

Bulan Mac ni macam2 dah terjadi kat diri aku..antaranya, awal bulan aritu,4 Mac adik ipar aku a.k.a adik suami telah pergi buat selamanya disebabkan kemalangan.memang agak tragik kerana arwah dilanggar dengan kereta pacuan 4 roda semasa menunggang motosikal. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..AMIN..sungguh aku x sanggup melihat mak mertuaku menangis dan bergenang air mata dia setiap kali bercerita pasal arwah..lebih2 lagi bila dapat tahu mak gi sendiri sekolah utk amek slip result SPM arwah..oh ya! arwah baru je berumur 18tahun dan kemalangan tu terjadi beberapa hari sebelum result SPM keluar..harap family suamiku dapat tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan ALLAH ni..

Dan baru-baru ni ada lagi perkara yang terjadi tapi aku tak nak reveal panjang..cukuplah aku katakan kepercayaan kepada SAHABAT itu amat penting. Dan jika sahabat kita tu menegur/menasihati utk kebaikan,eloklah kita dengar dan tanya dulu sebelum melenting sebab SEORANG SAHABAT YANG BAIK TIDAK AKAN MAHU MELIHAT SAHABATNYA SENDIRI JAUH TERPESONG..percayalah,takkan ada..tapi manusia x kan ada yang sempurna,tapi kita saling ingat mengingati sesama kita..ok adik2?kawan2 semua? sayangilah sahabat anda dan jangan sesekali membencinya..sabar ok ;)

Jodoh dan maut di tangan ALLAH SWT..kita sebagai manusia hanya dapat merancang tapi ALLAH yang mementukannya..kadang kita beriya2 plan nak g satu tempat tu..da berminggu plan baik punye ;p tapi bila sampai masa,kereta pulak wat hal..enjin x nak hidup sedangkan 3 hari lepas da g servis.tp kenapa ye kereta leh rosak?sebab ALLAH tu da tentukan..maybe masa perjalanan ada benda x baik nak terjadi dan ALLAH x nak kita terlibat sekali,jadi DIA dah 'plan' dulu utk diri kita..jgn mengeluh,istighfar banyak2 dan anggap ini dugaan dari ALLAH..alah,lain kali leh g kan :) pujuk diri sendiri..dan ini peringatan utk aku jugak..hehe

amboih dah macam ustazah da aku ni..bukan ape pun,at least bila aku bukak blog sendiri ni leh jugak aku baca balik apa yang dah aku post kan..dapat muhasabah diri dan perbaiki diri mana yang patut..berusaha berubah utk kebaikan :)

oh ya sebelum terlupa..aku nak share 1 link yang best utk korang semua..memang best..klik SINI ok! ;)

ILAL LIQA'

Thursday, March 8, 2012

10 SURAH UNTUK AMALAN HARIAN


ASSALAMUALAIKUM

Setelah agak sekian lama menyepi akhirnya hari ni siap 1 entry yang dapatlah agaknya memberi manfaat pada semua..terjumpa entry ni  DI SINI dan saya ni adalah seorang yang memang suke suki baca blog sesapa sahaja..rase best je entry tu mesti saya nak share kan :) asalkan benda yang baik,apalah salahnya di sebar2kan..betol tak? erm ahad ni genaplah seminggu pemergian ALLAHYARHAM MUHAMMAD ASSIF, adik kepada suamiku..perginya amatlah meninggalkan kesan dalam family mertuaku..lagi2 pada ibu mertuaku..siapalah yang x sayang anak kan..yang dah dikandung selama 9 bulan dan bersusah payah membesarkan kita..sungguh saya sendiri x sampai hati tengok keadaan mak :'(
JADI, harap kita dapatlah amalkan surah2 ni sebagai penambah amalan dalam diri kita..semoga kita semua dilindungi ALLAH S.W.T dan diampunkan dosa2 yang telah kita lakukan,Insyaallah.AMIN....


1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan
membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit
mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali
sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu
ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an.
Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala
menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat
At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab
Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan
pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala
baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan
dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan
kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata
mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari
kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di
Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan
merasai kepapaan.. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah
akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak
14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan
rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah
sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7
kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga
kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah
Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka
Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan
pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak
hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w.
dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti
membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh
dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan
(Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta
membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat
dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah,
akan terselamat dari azab kubur.


8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti
Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."
Siti Aisyah

            ILAL LIQA'