Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, December 28, 2011

TAKYAHLAH WORDLESS WORDLESS BAGAI..HEHE


ASSALAMUALAIKUM

okeh entry ni xdelah WORDLESS punn..semua org nk wat WORDLESS WEDNESDAY..aku wat WORDMORE ni! hahaha! erm setelah sekian lama barula nk upload kt blog..malas nk type dah aku ni! ish ish ish :(

11 DEC 2011 adalah tarikh ulangtahun PERKAHWINAN aku yang PERTAMA :) so sila lah ucap tahniah kt aku ek..hehe..so sebagai rewards(ceh rewards tu!) aku n encik husband membuangkan diri kami ke PERAK DARUL RIDZUAN..NEGERI INDAH PERMAI..hehe..ni tempat lahir aku yerh..kami g BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT..kenapa ke sana? sebab husband nak g n aku lak x pernah g lagi(haha! bukan sama ke maksudnye?! ;p) saje jenjalan jauh cket..da lama x jenjalan..kami gerak kul 1.30pagi kaww! semua org tgh tido kot time tu..husband nk gerak gak so aku ikot jerlah..yerlah da die yg drivw,aku membuta je! hahaha!

meh layan gamo aje!

 hehe muka baru bangun tito! da byk kali terbangun tp x sampai2 gak..hehe
yeeayy!! AKHIRNYE SAMPAI JUA!! 


bahan bukti kami da sampai ke sini..heh 

very de sempoi lobi die..memang! 

macam2 aktiviti ade beb! pilih je :) 

inilah SUITE kami hehehe..1 lagi katil tu bukan utk tido ye tp jadi alas tmpt duduk kt bawah..cer cari mane aku! haha! (beg guess hantaran aritu pun nk interprem ;p)


 suke tengok susunan selipar ni hehe

 ni lah dia budak yg dah tembam! huwaaaa!!!!

 WELCOME TO BUKIT MERAH LAKETOWN! model x berbayar ;p


 sempat lagi die posing sambil tgn mengayuh..

 nmpk view kt balakng tu? kat bawah tu rusa tp x bape nk nmpk sebab tgh panas terik kamera x bape bagus nk captured..

 umah atas air..

 dok menung ape lah tu

 nampak awek katanya..erkkk!!!

 cinta aku dan si apek jawa ;p

 kalau gi bukit merah,pastikan korang makan kat kedai ni coz GILE MURAH SIOTT!!!! 

 basuh tangan kt pili ni..heh



 ape ayang wat tu?!

 oh sweet hubby!

hehehehehe I LOVE YOU SO MUCH TOO!!!

adeh! memang byk lagi gamba tp malasnye la aku nk upload..huhu..ckup jelah kan..nk gambarkan mrmang best kt bukit merah ni..by the way,kami x pun mandi manda kat ctu..juz round2 je..pelik kan?haha! memang kami pelik ;p

ok ni utk my hubby..da upload kt fb pun :)

peace! ;)

ILAL LIQA'

Thursday, December 8, 2011

untukku..untukmu..untuk kita



kadang..kita terleka dengan alam yang indah ini
kadang..kita terlupa akan tanggungjawab sebenar ..
kadang..kita alpa jodoh dan maut tu ketentuan-Nya

namun..aku rasa bersyukur kerana masih sempat lagi bernafas hingga hari ini
dapat melihat wajahmu walaupun ada kalanya kita jarang bersua
terima kasih Tuhan kerna satukan aku dengan dia
satu-satunya insan yang telah menggetarkan jantungku tika waktu dulu

kita sama-sama harungi hidup ini
 hingga kini..saat ini masih takku lupa lafazmu yang dulu
terima kasih sayang atas segalanya
atas segala kesabaran yang ditunjukkan

cuma..
kita masih mengharapkan sesuatu itu berlaku
hanya usaha diringi doa yang mampu dilakukan
AMIN YA RABBAL ALAMIN

ilal liqa'

Sunday, December 4, 2011

PENTING!! :CARA MENGENALI PERNIAGAAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS



Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.


p/s:sekarang ni ramai yang dah belakangkan ALLAH..semua bende nak cepat dan senang tanpa usaha yang betol..DUNIA AKHIR ZAMAN kan..astaghfirullah

sumber dari : LAMAN QASEH



ILAL LIQA'

Tuesday, November 15, 2011

BUANG BAYI JELA TAU NYE!!!! HUH!! MARAH AKU!!!

ASSALAMUALAIKUM


-kali ni entry berlainan cket..kenelah ade kelainan kan..x bestlah asik sama jee,,BOSAN! huhu..
actually post ni sy amek dr blog Cik Azizah  dan terpanggil lak nak share kat blog ni..
memang amat geram bila bace berita pasal pembuangan bayi ni! KEJAM! ZALIM! TAK PERIKEMANUSIAN! kalau da x nak anak tu,janganlah buang camtu je..bagi la kat org ke..kan skang da anak rumah perlindungan untuk bayi2 macamtu..letak ctu! nanti aku g amek! heeee...ada tu yang sanggup bunuh pun ada..YA ALLAH! manusia jenis ape la dorang ni ek..bagi je kt aku ni ha! da nak setahun da kawen,lom ade rezeki lagi..siang malam doa nak dapatkan zuriat tapi dorang senang2 je buang..pelik kan,org2 macamni,senang btol mengandung and senang btol bersalin..yang betol2 nak anak,kemain payah..erm tu lah kehendak ALLAH S.W.T nak tunjukkan kita..ok bace berita kat bawah ni ek-


Seorang jururawat tidak menyangka beg kain berbelang merah putih di bawah pokok yang ditemuinya berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, semalam, mengandungi bayi lelaki baru dilahirkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bayi dalam keadaan berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih itu dipercayai baru empat jam dilahirkan.

Bayi seberat 2.6 kilogram (kg) yang masih bertali pusat itu ditemui jururawat berkenaan yang baru saja meletakkan kenderaan di kawasan itu untuk memulakan tugasannya di klinik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata jururawat itu membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati ada bayi lelaki di dalamnya.

“Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru empat jam dilahirkan dan mukanya masih kemerahan selain tangannya dihurungi semut. Bayi itu ditemui di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini.

“Jururawat itu ternampak beg kain berbelang merah putih di bawah pokok berhampiran yang kelihatan bergerak-gerak sebelum menghampirinya. “Dia mendapati seorang bayi lelaki yang hanya berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih di dalam beg berkenaan dan terus membawanya ke klinik sebelum menghubungi pihak polis,”.

kemain comel n putih baby ni..AKU NAK!!!!
femes jap polis ni..heee

- pandai buat,tapi x pandai nak tanggung..ee geram la aku! adik2 kat lua tu janganla ikotkan hati dan persaan sgt..lelaki ni nak main2 je..pastu bile da 'rasa',pastu tau lak korang da mengandung..terus buat tak tau je..ye la,x nak bertanggungjawab..kalo da kapel tu,cepat2la nikah ek..elakkan bende cenggini jadi..huhu-

ILAL LIQA'


Monday, November 14, 2011

KAWAN-KAWAN OPIS

ASSALAMUALAIKUM

pada 28 Oktober 2011, unit tempat aku bekerja anjurkan perhimpunan bulanan..memang setiap bulan kat mane2 bangunan kerajaan,mesti adakan perhimpunan dan kali ni kami yang anjurkan..so far semuanya ok..tema kami PURPLE-LICIOUS hehe..maaflah ek gamba x byk coz ni pun ambil dari fb kawan opis-ni blog die KISAH KAMI-

jom layan gamba yang x seberapa ni hehe



                                ni sebelum event start..besela kalo da nampak camera kan..hehe


                                         aduii..aku masuk choir..tu yg asik tunduk je..malu!!!!!! :p


                                            otai2 dua org kt depan tu mmg sempoi..menari siot!!


                                            event da habes..da x bape nak malu da..hahaha!!!



SALAM SAYANG DARI KAMI KELAB BAUCAR..hahaha!!! bos(yang duduk tgn nk wat 'peace' tu) dan anak-anak buah nya


ape2pun,mmg kami semua happy time ni..kawan2 opis semua gila2 n friendly..aku tak regret resigned keje lama..hehehe(ayat poyo)

ILAL LIQA'

Monday, October 31, 2011

HALAL?? HARAM??

agak galak gak aku update skang ek..ni namanya mood nk menype telah dtg lagi! hooyeayy! arap2 adela yang sudi menjengah blogku yg x seberapa ni ha huhu..

                      
                                                         ribena                                     prego
                                                                                   

oklah entry kalo ni mengenai HALAL..y halal? ye sebab kita sebgai umat Islam mesti tahu bende ni..sebab kita nak apa yang masuk dlm bdn kita ni diberkati oleh ALLAH S.W.T
skang ni mcm2 denga ada produk yang dikatakan tak halal..kita ni bertauliah ke nak jatuh hukum?da check ngan orang2 yang lebih arif dan tahu?jgn memandai kuakan kenyataan yang boleh menggangu gugat kesejahteraan kita(apela aku merepek ni!).

bagi diri aku ni (eh sekejap entry ade sy,sekejap aku..aduii lantakla yer! hehe) kita takleh nak percaya sangat.kene rujuk pada yang pakar terlebih dahulu.sebagai contoh aku pernah dengar produk RIBENA dan PREGO ni tak halal!!! tapi jgn cepat melatah ye dik non! kita kan boleh rujuk kat website JAKIM HALAL MALAYSIA

ok sebagai contoh,aku tampal kt entry ni bukti dari site JAKIM tu,ribena dan prego ni halal..kalo korang x puas hati,leh klik kt link atas tu then check sendri ye..

ok ni PREGO




ha kau! sekali 3 pics utk RIBENA..ade page ke-2 tu,tp malaslah aku nk tampal cni.korang search sendri la ye..hehe

So ade keraguan lagi x? kalo masih ada,contactla org yang berkenaan k..jgn main serkap jarang je..skang media senang2 je publish halal haram ni..biar org yg bertanggungjawab yang tentukan ok!!