Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, March 28, 2012

MUHASABAH DIRI ;)

ASSALAMUALAIKUM

Bulan Mac ni macam2 dah terjadi kat diri aku..antaranya, awal bulan aritu,4 Mac adik ipar aku a.k.a adik suami telah pergi buat selamanya disebabkan kemalangan.memang agak tragik kerana arwah dilanggar dengan kereta pacuan 4 roda semasa menunggang motosikal. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..AMIN..sungguh aku x sanggup melihat mak mertuaku menangis dan bergenang air mata dia setiap kali bercerita pasal arwah..lebih2 lagi bila dapat tahu mak gi sendiri sekolah utk amek slip result SPM arwah..oh ya! arwah baru je berumur 18tahun dan kemalangan tu terjadi beberapa hari sebelum result SPM keluar..harap family suamiku dapat tabah dan sabar dalam mengharungi dugaan ALLAH ni..

Dan baru-baru ni ada lagi perkara yang terjadi tapi aku tak nak reveal panjang..cukuplah aku katakan kepercayaan kepada SAHABAT itu amat penting. Dan jika sahabat kita tu menegur/menasihati utk kebaikan,eloklah kita dengar dan tanya dulu sebelum melenting sebab SEORANG SAHABAT YANG BAIK TIDAK AKAN MAHU MELIHAT SAHABATNYA SENDIRI JAUH TERPESONG..percayalah,takkan ada..tapi manusia x kan ada yang sempurna,tapi kita saling ingat mengingati sesama kita..ok adik2?kawan2 semua? sayangilah sahabat anda dan jangan sesekali membencinya..sabar ok ;)

Jodoh dan maut di tangan ALLAH SWT..kita sebagai manusia hanya dapat merancang tapi ALLAH yang mementukannya..kadang kita beriya2 plan nak g satu tempat tu..da berminggu plan baik punye ;p tapi bila sampai masa,kereta pulak wat hal..enjin x nak hidup sedangkan 3 hari lepas da g servis.tp kenapa ye kereta leh rosak?sebab ALLAH tu da tentukan..maybe masa perjalanan ada benda x baik nak terjadi dan ALLAH x nak kita terlibat sekali,jadi DIA dah 'plan' dulu utk diri kita..jgn mengeluh,istighfar banyak2 dan anggap ini dugaan dari ALLAH..alah,lain kali leh g kan :) pujuk diri sendiri..dan ini peringatan utk aku jugak..hehe

amboih dah macam ustazah da aku ni..bukan ape pun,at least bila aku bukak blog sendiri ni leh jugak aku baca balik apa yang dah aku post kan..dapat muhasabah diri dan perbaiki diri mana yang patut..berusaha berubah utk kebaikan :)

oh ya sebelum terlupa..aku nak share 1 link yang best utk korang semua..memang best..klik SINI ok! ;)

ILAL LIQA'

Thursday, March 8, 2012

10 SURAH UNTUK AMALAN HARIAN


ASSALAMUALAIKUM

Setelah agak sekian lama menyepi akhirnya hari ni siap 1 entry yang dapatlah agaknya memberi manfaat pada semua..terjumpa entry ni  DI SINI dan saya ni adalah seorang yang memang suke suki baca blog sesapa sahaja..rase best je entry tu mesti saya nak share kan :) asalkan benda yang baik,apalah salahnya di sebar2kan..betol tak? erm ahad ni genaplah seminggu pemergian ALLAHYARHAM MUHAMMAD ASSIF, adik kepada suamiku..perginya amatlah meninggalkan kesan dalam family mertuaku..lagi2 pada ibu mertuaku..siapalah yang x sayang anak kan..yang dah dikandung selama 9 bulan dan bersusah payah membesarkan kita..sungguh saya sendiri x sampai hati tengok keadaan mak :'(
JADI, harap kita dapatlah amalkan surah2 ni sebagai penambah amalan dalam diri kita..semoga kita semua dilindungi ALLAH S.W.T dan diampunkan dosa2 yang telah kita lakukan,Insyaallah.AMIN....


1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan
membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit
mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali
sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu
ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an.
Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala
menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat
At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab
Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan
pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala
baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan
dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan
kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata
mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari
kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di
Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan
merasai kepapaan.. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah
akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak
14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan
rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah
sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7
kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga
kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah
Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan
isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka
sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai
jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.


5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka
Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan
pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak
hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w.
dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti
membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh
dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan
(Riwayat At-Tarmizi).

Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta
membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat
dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya.
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah,
akan terselamat dari azab kubur.


8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti
Aisyah, antara mafhumnya :

"Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."
Siti Aisyah

            ILAL LIQA'

Monday, February 6, 2012

MY FAVOURITE PHOTOGRAPHER :)

Assalamualaikum kawan2

hari jumaat yang diberkati ALLAH SWT..even sekarang da malam tapi still kita dapat keberkatannya,Insyaallah :)

okeh kali ni nak cerita pasal photographer yang aku suke no lawat blognya..ini semua disebabkan gambar2 yang dorang ambil cukup cantik! editing yg memang mantap! aku amat suke bidang editing gambar ni tp x cukup pengalaman lak nak wat..hehe..

 EYE STUDIO PHOTOGRAPHY



y? kenapa? kenapa mereka jadi pilihan aku? of courselah coz dorang ni adalah wedding photographer aku..dari sebelum ada studio sendri lagi aku dah kenal owner die(ceh! nak bangga lak!)..AIZUL MARCELLO is the name..korang mesti kenal..die pun seorang blogger yg agak terkenal selepas aku..haha! itu adah tipu okeh! ternyata sgt! ;p semua hasil kretaiviti die amatlah puas hati..masa wedding aku dlu,die n adik die yg amek gambar..and if korang semua berhajat nak wat photoshoot utk ape2 event sekalipun,leh lah gi ke facebook dorang..klik SINI ok! LIKE fb page dorang k..ape2 pertanyaan silalah diajukan di sane..hehe
ok..kat sini aku letak beberapa keping gambar hasil dari tgn mereka :)





ok guys ni lah owner studio EYESTUDIO PHOTOGRAPHY tu
n ni gambar mase resepsi aku..haha! sungguh kurus aku!

guys! dorang jugak ada tawarkan utk portfolio photoshoot jugak tau! so sesape rase nk amek gambar white studio dorang ni,leh la ctc dorang..servis mesti awesome punyer lah! plg best, AIZUL ni peramah tau! klo korang x tau nk pose cemane,die leh tu ajar kan..hehe

so pada yg merancang nak langsungkan perkahwinan,lehla book dorang ni..by the way,dorang skang tgh wat promosi utk bakal2 pengantin okeyh! FREE PRE WEDDING PHOTOSHOOT utk sesape yg amek pakej wedding dorang..best tu weh!!! napela aku kawen awal! owh tidakkk!!! sgt jeles korang dpt promo nih! nti amek gambar tu jgn pegang2 tgn lak tau! lom sah lagi tu! (pesanan penaja tetiba! hehe)

eh! lupe lak nk bagitau..dorang ni pun ade wat frameless border..dont worry dear,klo yg da kawen or blum tu nak abadikan gambar2 korang kat frameless border ni pun boleh..dorang amek tempahan gak ok! cemane nak wat..sila ikuti langkah2 di bawah yerh :)

FULL NAME :
ADDRESS :
PHONE NUMBER :
EMAIL : 
FRAMELESS BORDER SIZE : 
QUANTITY : 

All payment shall be made to AM Islamic Bank as follows :-

ACCOUNT NAME : EYESTUDIO PHOTOGRAPHY
ACCOUNT NUMBER : 074-202-200676-7

Price borderless frame
8R : RM28
11' x 15' : RM68
16' x 24' : RM88

Postage
8 x 12 inch = RM7.00 (P) / RM10.00 (E)
11 X 15 inch = RM12.00 (P) / RM15.00 (E)
16 x 24 inch = RM15.00 (P) / RM18.00 (E)
* (P) = Peninsular (E) = East

MAKLUMAT PENTING!
1) Bayaran boleh dibuat melalui Online transfer atau ATM cash deposit.
2) Untuk Online transfer,

 emailkan kembali transaction details sebagai bukti bayaran.
3) Untuk ATM cash deposit, emailkan Nama, Jumlah bayaran, Tarikh, Masa,
dan Jenis bank beserta resit bayaran yang disnap sebagai bukti bayaran.
4) Jika anda bayar menggunakan ONLINE banking seperti Maybank2u, CimbClicks dan lain- lain, TOLONG LETAK EMAIL : irinenadia@eyestudiphoto.com pada receipient’s email yang terdapat di ruangan online banking – SANGAT PENTING DAN WAJIB! 
5) Untuk email kembali, sila pilih 'reply' email yang sama untuk memudahkan rujukan.
6) Tempoh siap frame adalah 7 hari waktu bekerja. Kami akan menggunakan perkhidmatan POST LAJU MALAYSIA.
7) Jika anda berada di kawasan Shah Alam boleh terus collect di studio kami.


Amacam? ada berminat? nk tengok contoh2 frameless border ni? ok je..jap ek..






FB AIZUL : Aizul Marcello
BLOG AIZUL : Aizul Marcello

comel kan? mesti best dpt frameless border ni :) korang pe lagi..order cepat! hehe..

okehlah rase byk da story pasal studio ni..kenapa sy iya2 promote? coz memang x rugi amek dorang n nak tlg kawan2 niaga..ape salahnya kita tolong kawan2 kan? dapat pahala lagi tu,Insyaallah..nanti sy cerita pasal MUA mase wedding sy ritu plak ek..hehe..bye allz! Wassalam

ILAL LIQA'




Thursday, January 26, 2012

BEBEL SORANG-SORANG

ASSALAMUALAIKUM

bersawang bagai da blog aku ni..langsung x terjaga..huhu..aku pun da jarang sgt jenguk..aku sendiri x tau kenapa..kemalasan kemelandaan betol! tapi rajin je jenguk blog2 orang lain..blog sendiri terabai..sian ko kan blog..x ptot aku wat ko camni..*aduii mereng dah aku!

ok tahun 2012 lame dah menjengah..da masuk 26 hari..oh yea! HAPPY BIRTHDAY to my 2nd sis,Nurul Ummi..birthdaynya semalam,25 Jan..tp die x de kat M'sia ni..dok Cairo ngan husband n little rayyan die..xpelah,nanti ko lek,kita sambutlah kat sini(tapi ko yang belanja! haha)..erm amacam life korang semua utk thn baru ni?azam thn lepas da tercapai ke?aku?!!erm ade jgaklah yang dah..ke xde ek?haha! ape yang penting jage kesihatan n jage diri memasing..lebih2 lagi yang namanya WANITA..aduii aku sendiri x tau nk type ape lg ni..ok arini aku bepuasa..jgn tanya puasa ape! korang teke sendiri..hehe..so tahap kemengantukan(uihh!) tu memang da tahap ke 150 dah! wat keje je nak terlentok..da la keje pun x byk sgt..dok ngadap bace blog orang je..kang boss lalu,pandai2 aku teka RFID..hahaha! partner lak cuti..kwn sebelah lak EL(emergency leave)..so sorang2 la aku kat partition ni..huhu..sodihh!!

erm ape ye nk berbuka arini..LAKSA!?? err aku da mkn smalam..smalam punya smalam pun da mkn..hehe..necxt! EH! sup ayam aku wat aritu ade lg dlm fridge! panaskan tu jelah kan..pastu masak tumis sayuq cket..jadilah tu..bersederhana(sebenarnye dwet da ciput!hehe)..utk yg pose gak arini,SELAMAT BERBUAKA PUASA nanti yerh! bukan skang..hehe..

ade x yang pakai VITAMIN E SOFTGEL COLLAGEN?alah aku pernah bgtau sebelum ni kat entry SINI aku da gune rasenye da 4 bulan kot? eh lupe2! aduii byk sgt lupe da ni! okeh! bagi diri aku sendiri,memang amat puas hati coz bende tu smooth je bile letak kt muka n wangi pastu bila sok pagi nye muka rase licin..alhamdulillah muka jadi smooth..n berkat menggunakan VCO jugak ni..jerawat tu still ade coz degil x mo pergi,tapi xdelah lama mana..lepas buh vco or vit.e collagen ni,terus kecut jerawat tu :)
oh yea! korang pun leh gak wat vco ni sebagai asas mekap tau! caranya :
 buh cket vco(softgel or pure) ke atas foundation kat tapak tangan,
                     pastu blend sampai sebati,pastu buh lah kat muka mcm pakai foundation biasa..
hasilnya korang mesti suka! itulah yang sy amalkan sekarang bile g keje ;) lepas solat zuhur pun tetap gak apply gak even maybe ade mata2 yg pandang pelik kot tengok apela-budak-ni-buat-(tapi lama cketla nak bersiap yeah! hehe)..so pada sesapa yang memang da ade vco tu,try apply ok!

okeh ni pic mase kat ofis..maaf klo x bape clear tp
memang pueh ati bile combine vco n foundation


oklah byk da bebel ni..gambaq nanti malam aku add coz ni kt opis n fb telah diblock time waktu keje,so gambaq xleh nk amek dr fb..tgu balik umah nti aku upload k! till then,take care guys!

ILAL LIQA'


Wednesday, December 28, 2011

TAKYAHLAH WORDLESS WORDLESS BAGAI..HEHE


ASSALAMUALAIKUM

okeh entry ni xdelah WORDLESS punn..semua org nk wat WORDLESS WEDNESDAY..aku wat WORDMORE ni! hahaha! erm setelah sekian lama barula nk upload kt blog..malas nk type dah aku ni! ish ish ish :(

11 DEC 2011 adalah tarikh ulangtahun PERKAHWINAN aku yang PERTAMA :) so sila lah ucap tahniah kt aku ek..hehe..so sebagai rewards(ceh rewards tu!) aku n encik husband membuangkan diri kami ke PERAK DARUL RIDZUAN..NEGERI INDAH PERMAI..hehe..ni tempat lahir aku yerh..kami g BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT..kenapa ke sana? sebab husband nak g n aku lak x pernah g lagi(haha! bukan sama ke maksudnye?! ;p) saje jenjalan jauh cket..da lama x jenjalan..kami gerak kul 1.30pagi kaww! semua org tgh tido kot time tu..husband nk gerak gak so aku ikot jerlah..yerlah da die yg drivw,aku membuta je! hahaha!

meh layan gamo aje!

 hehe muka baru bangun tito! da byk kali terbangun tp x sampai2 gak..hehe
yeeayy!! AKHIRNYE SAMPAI JUA!! 


bahan bukti kami da sampai ke sini..heh 

very de sempoi lobi die..memang! 

macam2 aktiviti ade beb! pilih je :) 

inilah SUITE kami hehehe..1 lagi katil tu bukan utk tido ye tp jadi alas tmpt duduk kt bawah..cer cari mane aku! haha! (beg guess hantaran aritu pun nk interprem ;p)


 suke tengok susunan selipar ni hehe

 ni lah dia budak yg dah tembam! huwaaaa!!!!

 WELCOME TO BUKIT MERAH LAKETOWN! model x berbayar ;p


 sempat lagi die posing sambil tgn mengayuh..

 nmpk view kt balakng tu? kat bawah tu rusa tp x bape nk nmpk sebab tgh panas terik kamera x bape bagus nk captured..

 umah atas air..

 dok menung ape lah tu

 nampak awek katanya..erkkk!!!

 cinta aku dan si apek jawa ;p

 kalau gi bukit merah,pastikan korang makan kat kedai ni coz GILE MURAH SIOTT!!!! 

 basuh tangan kt pili ni..heh



 ape ayang wat tu?!

 oh sweet hubby!

hehehehehe I LOVE YOU SO MUCH TOO!!!

adeh! memang byk lagi gamba tp malasnye la aku nk upload..huhu..ckup jelah kan..nk gambarkan mrmang best kt bukit merah ni..by the way,kami x pun mandi manda kat ctu..juz round2 je..pelik kan?haha! memang kami pelik ;p

ok ni utk my hubby..da upload kt fb pun :)

peace! ;)

ILAL LIQA'

Thursday, December 8, 2011

untukku..untukmu..untuk kita



kadang..kita terleka dengan alam yang indah ini
kadang..kita terlupa akan tanggungjawab sebenar ..
kadang..kita alpa jodoh dan maut tu ketentuan-Nya

namun..aku rasa bersyukur kerana masih sempat lagi bernafas hingga hari ini
dapat melihat wajahmu walaupun ada kalanya kita jarang bersua
terima kasih Tuhan kerna satukan aku dengan dia
satu-satunya insan yang telah menggetarkan jantungku tika waktu dulu

kita sama-sama harungi hidup ini
 hingga kini..saat ini masih takku lupa lafazmu yang dulu
terima kasih sayang atas segalanya
atas segala kesabaran yang ditunjukkan

cuma..
kita masih mengharapkan sesuatu itu berlaku
hanya usaha diringi doa yang mampu dilakukan
AMIN YA RABBAL ALAMIN

ilal liqa'

Sunday, December 4, 2011

PENTING!! :CARA MENGENALI PERNIAGAAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS



Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.


p/s:sekarang ni ramai yang dah belakangkan ALLAH..semua bende nak cepat dan senang tanpa usaha yang betol..DUNIA AKHIR ZAMAN kan..astaghfirullah

sumber dari : LAMAN QASEH



ILAL LIQA'