Kisah Rasulullah s.w.t (sungguh didlm kerugian jika tdk membaca)
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlumenyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluargamahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siapdi masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untukmembantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi beradadi rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jiika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepatpula kembali sesudah selesai sembahyang.
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktuitu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidakada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapanya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum adaapa-apa wahai Rasulullah.'Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa sajahari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukulisterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalanitu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberinasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakanalasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmudan ibu kepada anak-anakmu?
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasihdan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya bagindadalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannyasebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh bagindayang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahanmelihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'YaRasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat,tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.''Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengarseolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desakUmar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkanbunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bilatuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buattuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapanALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlahkelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yangkelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tuayang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorangArab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaanbaginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegurdengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebatidalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebabuntuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalamkeseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagiberdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernahbaginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidakmampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkaumasih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankahaku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yangbersyukur.'Rasulullah s. a. w. bersabda,